Saturday, July 11, 2009

PINDANG IKAN KEMBUNG


Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 cm halia 
2 cm lengkuas 
Sedikit kunyit 
Sedikit garam 1 btg serai 
1 ulas asam keping 
Sedikit halba 
Kacang bendi atau tomato (jika suka) 
3 cawan air 

Cara:

1. Bersihkan ikan dan tos. Sapu ikan dengan kunyit dan sedikit garam. 

Ketepikan 

2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. 

3. Halia dan lengkuas dihiris halus 

4. Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk. 

5. Masukkan bawang, halia, lengkuas, serai, asam keping dan halba. 

6. Biarkan hingga mendidih kemudian kecilkan api. 

7. Masukkan ikan yg telah disapu kunyit tadi bersama bendi / tomato.

8. Biar hingga ikan masak.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan bersama nasi panas dan kicap semasa makan tengah hari.Sesuai bagi mereka yang tidak gemar makanan berlemak / bersantan. 

Tambah air dan kunyit sekiranya suka kuah banyak tetapi pastikan seimbang dengan kuantiti ikan.

Monday, July 6, 2009

POPIA GORENG


Bahan-Bahan:

1 Paket Kulit Popia Kecil

 1 Paket Daging Cincang Ramly Burger 

2 Ulas Bawang Besar Dicincang 

3 Batang Lobak Merah 

Taugeh dan Sengkuang

Putih Telur 

Garam Secukup Rasa 

Lada Sulah 


Kuah Sos 

Cili Kering Dikisar

Sedikit Gula Merah 

Sedikit Cuka Makan

Cara:

Goreng daging sehingga masak dan ketepikan. Goreng bawang sehingga naik bau dan masukkan lobak merah serta kacang panjang yang telah di racik kecil-kecil. Masukkan daging, garam dan lada sulah secukup rasa. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan satu sudu besar inti ketengah-tengah kulit popia, bungkus dan sapukan putih telur supaya kulit popia dapat melekat dan inti tidak terkeluar. Kemudian gorengkan popia ini. Untuk kuah sos, cili kisar dimasak atas api perlahan-lahan bersama-sama gula merah dan cuka sehingga masak.

Tambahan:
Selain cuka penggunaan sos tomato juga boleh untuk kuah rasa sedikit masam. Kuah sos dimasak atas api yang perlahan supaya tidak hangus.

MEE REBUS



Bahan-bahan : (untuk hidangan 5 orang)

500 g mee kuning 

2 keping tauhu, digoreng dan dihiris 

3 - 4 biji telur rebus dibelah dua 

Limau kasturi secukupnya 

Taugeh dibuang akar dan dicelur 

2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus

Hirisan cili hijau dan merah

Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang250 g udang sederhana besar 

Bahan-bahan untuk kuah :

3 ulas bawang putih

6 biji bawang merah kecil

1/2 cm halia

2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan

2 camca besar taucu, dicuci dan toskan(dikisar halus) 

2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air 

1 batang serai, dititik 

3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus 

1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air

1 biji tomato, dibelah empat 


Cara-cara :

Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul.  

Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak. 

Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)

Untuk menghidang :

Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi . Boleh juga dicarikkan daging ayam untuk tambah selera dan hiasan. Bolehlah dihidangkan.

Thursday, April 30, 2009

MASAK LEMAK CILI PADI DAGING SALAI


Note : Masak Lemak Cili Padi Daging Salai adalah masakan popular dari Negeri Sembilan


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai
2 biji kelapa | ambil santannya
10 biji terung telunjuk
15 biji asam belimbing buluh
15 ulas cili padi | ditumbuk
4 cm kunyit hidup | ditumbuk
Garam secukup rasa


Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Di didihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang.


Info: 
Waktu penyediaan : 20 minit 
Waktu memasak : 35 minit 
Jenis hidangan : Tradisional
Keistimewaan : Hidangan daging salai cukup popular di Negeri Sembilan
Jenis penyediaan : Menu utama
Jenis makanan : Masak lemak
Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau majlis keraian
Cara Masakan: Disalai dan dididihkan